Untuk memupuk sikap mementingkan kebersihan dan kesihatan di kalangan pelajar, pihak
sekolah kami telah membentuk satu unit kebersihan yang disertai oleh para guru.
Guru yang
bertugas akan meronda di sekitar sekolah bagi menjamin kebersihan sekeliling sekolah dan
cuba menghapuskan tabiat membuang sampah-sarap di merata-rata tempat di kalangan pelajar.
Unit kebersihan telah menganjurkan pertandingan
kebersihan mengikut ketampilan setiap kelas. Para guru akan bergilir-gilir bertugas untuk
memberikan markah kebersihan bagi setiap kelas. Sijil-sijil penghargaan akan diberikan dan
digantung di dalam kelas bagi tiga kelas yang memenangi johan, naib johan dan tempat
ketiga.Laporan ringkas tentang aktiviti unit
kebersihan dan keceriaan alam sekeliling sekolah.
Ketua Penyelaras: Cikgu Tiung Shiu
Penolong Penyelaras: Lim Hau Hoon
AJK: Soh Lay Ching
Sokongan dan dorongan yang gigih daripada pihak sekolah
telah dapat menyeru para guru dan kakitangan sekolah bertindak secara suka rela
menyumbangkan sepenuh tenaga mereka bagi menjaga kebersihan alam sekeliling sekolah. Para
guru dan kakitangan sentiasa saling bekerjasama tanpa mengira status tanggungjawab mereka
masing-masing. Oleh kerana wujudnya kerjasama yang menggolokkan di antara kedua-dua pihak
ini, warga sekolah kami dapat menjalani sesi persekolahan dan kesemua pengajaran dalam
satu suasana yang nyaman dan bersih. |