aktiviti berkumpulan.gif (14998 bytes)
Line1.gif (6900 bytes)
[ Up ] [ Anti-Dadah ] [ Kebersihan dan Keceriaan ]

Harmoni

    Menotivasikan dan melahirkan pelajar yang mementingkan kebersihan alam sekitar merupakan objektif utama unit kebersihan sekolah kami. Di samping itu, semangat berpasukan?merupakan tradisi murni sekolah Choong Hua dan disegani orang ramai sejak dahulu. Oleh demikian, pihak sekolah kami berazam memperkembangkan nilai murni selanjutnya.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk mendorong para pelajar mementingkan kebersihan adalah seperti berikut:

1. Memberikan seruan yang berbentuk cerita ringkas sewaktu perhimpunan  
    rasmi bagi menyedarkan para pelajar tentang kepentingan kebersihan
    peribadi dan kebersihan alam sekitar.
2. Menganjurkan aktiviti gotong-royong di peringkat kelas dan persekitaran
    sekolah.
3. Setiap kelas bergilir-gilir memikul tanggungjawab membersihkan
    tempat-tempat yang diarahkan pihak sekolah.
4. Mengadakan kempen tidak memakan makanan ringan di kalangan pelajar.
5. Mengadakan pertandingan kebersihan di antara kelas pada setiap minggu.
    Para guru yang bertugas akan merekodkan markah kebersihan bagi setiap
    kelas pada setiap hari. Kelas-kelas yang memenangi tempat pertama hingga
    tempat kelima akan diberi piala dengan gelaran kaum Penyayang dan
    Penceria
6. Untuk memberansangkan motivasi di kalangan pelajar, unit kebersihan
    sekolah telah mengadakan papan kenyataan yang memaparkan
    maklumat-maklumat tentang kebersihan supaya para pelajar dapat
    menghayati tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
7. Menekankan tangguangjawab menjaga kebersihan tandas di kalangan
    pelajar.
8. Menekankan tangguangjawab menjaga kebersihan kantin sekolah di kalangan
    pelajar.

BACK1.gif (19045 bytes)