¡@Harmoni
Menotivasikan dan melahirkan pelajar yang mementingkan
kebersihan alam sekitar merupakan objektif utama unit kebersihan sekolah kami. Di samping
itu,semangat berpasukan merupakan tradisi murni sekolah Choong Hua dan disegani orang
ramai sejak dahulu. Oleh demikian, pihak sekolah kami berazam memperkembangkan nilai murni
selanjutnya.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk mendorong
para pelajar mementingkan kebersihan adalah seperti berikut:
Memberikan seruan yang berbentuk cerita ringkas sewaktu
perhimpunan rasmi bagi menyedarkan para pelajar tentang kepentingan kebersihan peribadi
dan kebersihan alam sekitar.
Menganjurkan aktiviti gotong-royong di peringkat kelas
dan persekitaran sekolah.
Setiap kelas bergilir-gilir memikul tanggungjawab
membersihkan tempat-tempat yang diarahkan pihak sekolah.
Mengadakan kempen tidak memakan makanan ringan di
kalangan pelajar.
Mengadakan pertandingan kebersihan di antara kelas pada
setiap minggu. Para guru yang bertugas akan merekodkan markah kebersihan bagi setiap kelas
pada setiap hari. Kelas-kelas yang memenangi tempat pertama hingga tempat kelima akan
diberi piala dengan gelaran kaum Penyayang dan Penceria
Untuk memberansangkan motivasi di kalangan pelajar, unit
kebersihan sekolah telah mengadakan papan kenyataan yang memaparkan maklumat-maklumat
tentang kebersihan supaya para pelajar dapat menghayati tentang kepentingan menjaga
kebersihan alam sekitar.
Menekankan tangguangjawab menjaga kebersihan tandas di
kalangan pelajar.
Menekankan tangguangjawab menjaga kebersihan kantin
sekolah di kalangan pelajar. |