|
|
|


[ Up ]

Sejarah penubuhan persatuan bekas-bekas pelajar S.J.K. (C)
Choong Hua.
|
Bapa pengerusi
persatuan iaitu Encik Gan Tong Bin P.J.K. berserta sekumpulan bekas pelajar yang
bersemangat kuat telah menganjurkan satu perjumpaan di kalangan bekas-bekas pelajar untuk
menyeru penubuhan persatuan bekas-bekas pelajar. Pada 27 Ogos 1961, perjumpaan bekas-bekas
pelajar dengan sebulat suara bersetuju menubuhkan persatuan bekas-bekas pelajar secara
rasmi dan melantik sekumpulan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) untuk memohon kelulusan pendaftaran
pertubuhan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Persatuan-persatuan Kerajaan.
Pada awal tahun 1963, Jabatan Pendaftaran Persatuan-persatuan Kerajaan
telah meluluskan permohonan bekas-bekas pelajar Choong Hua. Oleh demikian, pihak ahli
Jawatan Kuasa telah mengadakan upacara perlantikan pertama secara rasmi pada 26 Mei 1963
dan mengadakan upacara pengesahan jawatan pada 30 Jun 1963. Oleh demikian, 30 Jun pada
setiap tahun merupakan hari kenangan bagi persatuan ini.
Sejak penubuhan persatuan ini, persatuan ini telah menyumbangkan tenaga
dalam aktiviti-aktiviti kebajikan bagi semua warga sekolah mahupun pihak masyarakat
tempatan. Penubuhan persatuan ini telah memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan
sekolah Choong Hua. Melalui usaha gigih, persatuan ini telah berjaya mengumpulkan dana
sebanyak RM 5000 lebih kepada pihak sekolah bagi membina bangunan sekolah baru (kedudukan
sekolah terkini). Selama beberapa tahun ini, persatuan ini telah memberi jasa dalam
mengembangkan dan mengekalkan tradisi kebudayaan masyarakat cina dan menganjurkan
aktiviti-aktiviti hiburan yang menyihatkan tubuh badan. |
Senarai Ahli-ahli persatuan
Bekas-bekas Pelajar
Pengerusi |
Gan Kin Meng |
Naib Pengerusi |
1) Tiung Bao Qing
2)Tan Peng Loon |
Setiausaha |
Lim Qing Chen |
Bendahari |
Tan Yao Lian |
Ahli-ahli Lembaga Pengarah |
Yap Ya Lang |
Yap Loong Chu |
Tiew Yong Loong |
Lim Ya Sheng |
Kuo Hoon Cheng |
Cheng Peng Ann |
Tiew Wei Jing |
Lim Kim Lun |
Hong Ting Soh |
Qing Seng |
Tan Kim Cheng |
Law Chee Keong |
HO Lan Hua |
Yong YI Xiang |
Tan Jie Ke |
Chia Kok Hing |
Soh Hock Lian |
She Teng Keong |

|