Di samping menyalurkan
pelbagai ilmu kepada murid-murid pada peringkat sekolah rendah , latihan pendidikan
jasmani juga diutamakan supaya perkembangan rohani dan jasmani murid-murid seimbang serta
membolehkan murid-murid menerima pendidikan yang sempurna.
Memandangkan betapa pentingnya kemudahan pendidikan jasmani di sekolah
rendah , sekolah kami telah menubuhkan Bahagian Pendidikan Jasmani yang
dipertanggungjawabkan untuk merancang dan malaksanakan rancangan Pendidikan Jasmani
sepanjang tahun supaya pelbagai aktiviti Pendidikan Jasmani dalam sekolah boleh dijalankan
secara sistematik dan murid-murid pula dapat membuat persediaan dan latihan yang
sepenuhnya untuk |
menghadapi pelbagai
pertandingan sukan di luar sekolah.
Kemudahan Pendidikan Jasmani dalam sekolah adalah belum sempurna lagi namun
demikian kemudahan ini makin hari makin mantap dengan adanya rancangan jangka masa
panjang. Selain daripada waktu Pendidikan Jasmani , murid-murid juga boleh menyertai
aktiviti pendidikan jasmani luar bilik darjah mengikut umur, minat dan kemampuan mereka.
Segala kemudahan pendidikan jasmani sekolah ini adalah direka secara umum agar murid-murid
dapat sentiasa menjalankan aktiviti dan latihan yang sesuai. Pelaksaan Pendidikan Jasmani
luar bilik darjah adalah berpegang kepada prinsip tidak menjejaskan prestasi akademik
murid-murid. |