Perpustakaan sekolah kami dibina di belakang Jabatan Akademik. Tempat yang mempunyai
keluasan 40x50 kaki ini mula dibina sebagai perpustakaan pada September 1974 dan siap
dibina pada penggal kedua tahun 1975.
Kos pembinaan perpustakaan ialah berjumlah RM24650.00 Kementerian
Pendidikan memperuntukkan RM10000 untuk pembinaan ini dan bakinya dibayar oleh simpanan
dalam Lembaga Pengarah selama ini.
Selain itu, segala perabot dalam perpustakaan ini seperti 16 buah
para-para buku besar, 32 buah meja panjang dan 170 buah kerusi yang berjumlah Rm 6023.10
juga dibayar oleh Lembaga Pengarah. Tidak lama kemudian, Pengerusi P.I.B.G Encik Yap hooi
teng P.J.K juga bersama-sama menderma 12 set lampu elektrik untuk menyempurnakan
perpustakaan ini.
Perpustakaan sekolah ini mempunyai simpanan lebih daripada 20000 buah
buku Bahasa Cina, Melayu dan Inggeris. Buku-buku telah dikategorikan oleh guru
perpustakaan dan murid-murid juga dilantik untuk mengurus pendaftaran urusan peminjaman
buku. Selain waktu yang ditetapkan untuk murid-murid meminjam buku, "waktu
perpustakaan " juga disusun semasa dalam jadual waktu belajar untuk mengizinkan
guru memimpin murid-murid meminjam dan membaca buku di dalam perpustakaan. Apabila |

murid-murid menghadapi masalahmembaca ,
mereka boleh bertanya kepada guru tentang masalah mereka; ini boleh meningkatkan minat
murid-murid untuk membaca.
Peraturan-peraturan Meminjam Buku
- Meminjam dan memulangkan buku mengikut tarikh dan masa
yang telah ditetapkan.
- Kad Meminjam Buku mesti dibawa semasa meminjam buku.
- Setiap pelajar hanya dibenarkan meminjam sebuah buku
sahaja pada setiap kali.
- Penukaran buku tidak dibenarkan selepas buku dipinjam.
- Tempoh pinjaman buku ialah seminggu , denda akan diadakan
kepada pemulangan yang lewat. Cara mendenda ialah:
- Berhenti meminjam buku untuk seminggu atau
- Sesiapa yang telah diberi amaran tetapi masih enggan
memulangkan bukunya , akan didenda RM0.10 setiap hari.
¡@

|