

[ Up ]
A. PERATURAN-PERATURAN BANK SOALAN
1. Guru-guru diminta menandatangani Buku Rekod Meminjam
apabila
meminjam kertas soalan dari Bank Soalan . Sila letak balik di tempat
asal
selepas menggunakannya.
2. Guru dibenarkan meminjam kertas soalan selama 3hari , jikalau ingin
fotostat.
3. Diharap jangan membuat apa-apa catatan pada kertas soalan.
B.PERATURAN- PERATURAN PEPERIKSAAN
a. Peraturan-peraturan Penyediaan Soalan Peperiksaan
1. Bentuk soalan boleh ditentukan oleh panitia mata
pelajaran masing-masing.
2. Skop peperiksaan Tahap 2 mesti meliputi 30%daripada unit atau kemahiran
yang telah diajar , atau pengalaman yang sedia ada pada murid-murid .
Tahun 1 dan 2 harus meliputi 90 % daripada unit atau kemahiran yang
telah diajar manakala Tahun 3 harus meliputi 80%.
3. Soalan-soalan haruslah sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian
calon.
4. Perkara-perkara yang harus diambil perhatian apabila menyediakan soalan :
i . Markah yang diperuntukan tidak boleh lebih daripada 4 markah bagi
setiap soalan kecuali soalan subjektif.
ii . Jumlah soalan mestilah boleh dijawab ole calon dalam jangka masa
yang telah ditentukan.
5. Kertas soalan Tahun 6 mesti mengikut format UPSR
6. Jangan salin terus soalan peperiksaan dari Bank Soalan. Soalan soalan Bank
soalan hanya sebadai rujukan sahaja.
7. Format kertas peperiksaan :
- Cara menulis tajuk kertas peperiksaan adalah seperti
berikut :
UJIAN BULANAN (1) PEMAHAMAN BAHASA MELAYU TAHUN 6
NAMA: _________ ( )-( )-97 Markah : ___________
Darjah : ______ T/tangan Ibubapa: _______
- Di akhir kertas soalan harus catatkan nama dan
tandatangan penyedia saolan dan penyemak kertas soalan.
Penyedia : (Nama) ________ (tandatangan) _________
Penyemak : (Nama) __________ (tandatangan) _________
8. Soalan-soalan boleh disediakan dengan tulisan tangan
, mesin taip atau
fotostast dan tampal (Jika ada gambar) .
9. Tulisan mesti bersih , kemas dan jelas . Saiz tulisan untuk Tahap 1
berdasarkan garisan biru yang ada pada buku tulisan . saiz tulisan
untuk
Tahap 2 berdasarkan saiz tulisan mesin taip .
10. Penilaian bagi Tahun 1 hingga Tahun 3 harus menggunakanstensil .
b. Tugas-tugas Penyedia Soalan
1. Penyedia soalan harus pastikan tarikh peperiksaan,
tarikh menyerah stensil,
penyemak soalan dan peraturan-peraturan penyediaan soalan peperiksaan.
2. Sebelum menyedia soalan, mestilah berbincang dengan guru-guru mata
pelajaran berkenaan dengan skop, format, peruntukan markah serta
peruntukan masa peperiksaan tersebut.
3. Penyedia soalan perlu memberitahu guru-guru yang berkenaan tentang
skop dan format peperiksaan 2 minggu sebelum peperiksaan.
4. Stensil yang telah siap harus disemak oleh penyemak soalan dengan teliti.
Jawapan harus dikepilkan bersama.
5. Sekiranya terdapat; sebarang kesalahan atau soalan yang kurang sesuai,
penyedia soalan bertanggungjawab untuk membuat pembetulan.
6. Stensil yang telah disemak mesti diserahkan kepada Ketua Unit Penilaian
dan Peperiksaan 1 minggu sebelum peperiksaan diadakan.
7. Sekiranya terdapat sebarang kebocoran, guru yang terlibat dikehendaki
menyediakan semula kertas peperiksaan tersebut.
c. Tugas-tugas penyemak soalan peperiksaan
1. Menyemak kertas soalan dari segi:
a. Akop peperiksaan
b. Peruntukan markah
c. Taraf soalan : senang, 30%, sederhana 45%,susah 25%
d. Kesalahan jalan bahasa atau ejaan
2. Turunkan tandatangan setelah disemak, kemudian pulangkan kertas soalan
kepada penyedia soalan.
d. Tugas-tugas pengawas peperiksaan
1. Diminta mendapatkan kertas soalan kelas yang akan
masuk nanti di ruang
membaca 5 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
2. Menyedarkan kertas soalan dan mengepilkan kertas soalan bagi setiap
murid.
3. Menuliskan nama murid yang tidak hadir pada kertas soalan.
4. Menjalankan tugas pengawas mengikut jadual waktu masing-masing.
5. Mengawas murid dengan ketat untuk mengelakkan peniruan antara murid.
6. Mengumpulkan semua kertas soalan ( termasuk kertas soalan yang
berlebihan ) dan kertas jawapan kepada guru mata pelajaran yang
berkenaan selepas peperiksaan.
7. Memulangkan kertas jawapan yang berlebihan bagi peperiksaan penulisan
di ruang membaca.
C. Guru-guru yang ingin menggunakan
"Risograph" untuk kertas soalan
1. Mendapatkan kertas putih F4 daripada ketua Unit
punnilaian dan
Peperiksaan.
2. Gunakan satu muka surat sahaja bagi setiap belai kertas. Nombor muka
surat hendaklah ditulis dengan jelas pada bahagian tengah di bawah
kertas
tersebut.
3. Kosongkan 1CM disekeliling kertas apabila menulis soalan.
4. Gunakan kertas F4 untuk berkesan. Elakkan daripada menulis sedikit soalan
pada sehelai kertas soalan yang baru.
5. Bolehlah mengunakan liquid paper untuk membuat pembetulan.
6. Soalan boleh di fotostatˇ¦ dan ditampal.
7. Elakkan daripada mengambil bahan rujukan daripada senaskah buku
rujukan.
8. Diminta penyedia soalan menjaga kebersihan kertas soalan.
ˇ@

|