Sekitar tahun 80-an, pihak sekolah kami telah menubuhkan
satu kumpulan serunai dan bertukar taraf menjadi Pasukan Pancaragam pada Mei 1991.
Pasukan Pancaragam sekolah kami dapat berkembang dengan
pesat kerana memperolehi sokongan dan dorongan yang kuat daripada Persatuan Bekas Pelajar,
Persatuan Lembaga Pengarah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Pasukan pancaragam sekolah kami sering dipelawa untuk
membuat pertunjukkan dalam Majlis-majlis Rasmi Kerajaan dan Majlis Perayaan Anjuran
Persatuan-persatuan Masyarakat Tempatan. Pertunjukkan pasukan pancaragam sekolah kami
sentiasa mendapat pujian yang menggalakkan daripada semua pihak.
Selain itu, pasukan pancaragam sekolah kami juga telah
memenangi Johan peringkat sekolah anjuran Yamaha Muzik. Pencapaian ini telah menjadikan
pasukan pancaragam sekolah sebagai teladan di kalangan Sekolah-sekolah Rendah Negeri
Selangor.
Antara pertunjukkan yang disertai oleh pasukan
pancaragam adalah seperti berikut: