radio&tv.gif (17716 bytes)
line028.gif (6984 bytes)
[ Up ]

Bilik Audio-Visual

Pendidikan Audio-Visual

          Apakah pendidikan Audio-Visual ? Pendidikan Audio-Visual merujuk 
  kepada pendidikan deria penglihatan dan pendidikan deria pendengaran.
  Alat bantuan mengajar "Pendidikan Deria Penglihatan" yang diaplikasikan
  ialah alat bantuan mengajar bersifat gambar seperti lukisan, slaid, foto dan
  sebagainya. Alat bantuan mengajar bersifat separa gambar seperti peta,
  graf, gambar gantung dan sebagainya , demonstrasi seperti persembahan ,
  eksperimen dan sebagainya. Manakala perakam suara , pemain kaset dan
  radio pula dikategorikan sebagai alat bantuan pengajaran deria 
  pendengaran.
          TV Pendidikan dan Radio Pendidikan yang dilaksanakan di sekolah kami
  ditugaskan oleh Bahagian Pendidikan Audio-Visual, manakala Bahagian Alat 
  Bantuan Mengajar di sekolah kami pula mengurus alat-alat bantuan
  mengajar deria penglihatan dan deria pendengaran yang lain seperti gambar
  gantung, model, peralatan sains ,alat bantuan mengajar subjek bahasa dan
  sebagainya.
          Bahagian Pendidikan Audio-Visual akan membuat agihan kepada setiap
  guru untuk memimpin murid-murid menonton rancangan TV Pendidikan
  berdasarkan jadual waktu yang disusun oleh stesen TV. Manakala rancangan
  siaran radio pula akan dirakam oleh guru bertugas dan kemudian rancangan
  ini akan diperdengarkan kepada murid-murid di dalam kelas oleh guru.  
          Sambutan murid-murid terhadap kedua-dua rancangan ini adalah
  sangat menggalakkan dan mereka juga berminat terhadap rancangan ini.
  Selain itu, sekolah kami juga dilantik oleh Jabatan Pendidikan sebagai pusat   
  O.H.P Sekolah Rendah daerah Banting. Slaid juga disediakan untuk pinjaman
  pelbagai aliran sekolah rendah secara bergilir-gilir.

BACK1.gif (19045 bytes)