Sekolah
kami telah
mengadakan kelas
komputer pada semester kedua tahun ini (1999). Lebih lagi, kelas ini dimasukkan ke dalam
waktu persekolahan, semua murid di sekolah
ini mendapat peluang
untuk mempelajari
komputer.
Kelas komputer ini
diadakan oleh Persatuan
Ibu Bapa dan Guru
(PIBG), dan diserahkan
kepada Multiple Technology Sdn. Bhd.
untuk menguruskannya.
Objektif kelas komputer
ialah mengikut seruan
kerajaan, mempelajari |
 

|
komputer sewaktu kecil untuk
membuat persediaan menghadap ke 21 masihi iaitu satu alam dunia yang berteknologi tinggi.
Kelas ini menyediakan kemudahan keadaan yang berhawa dingin supaya
murid-murid sekolah rendah agar dapat suasana yang segar untuk pembelajaran. Kelas ini
mempunyai seramai 50 buah computer, setiap murid dapat menggunakan sebuah komputer secara
asing. Di samping itu, hasil-hasil kerja komputer murid dapat melalui pencetak computer
yang bermutu tinggi untuk menghasilkan karya yang berwarna-warni. |
Kelas ini juga menyediakan perkhidmatan networking. Ia bermakna
sesebuah komputer dapat menjalin komunikasi di antara komputer-komputer
lain. Untuk mendapat pengajaran yang berkesan, kelas komputer juga
memasang sistem pembelajaran bermultimedia, supaya guru komputer
dapat memberi tumpuan kepada satu murid atau sekumpulan murid.
Berikut adalah subjek-subjek kelas komputer:
1 . Kehidupan dengan komputer
2 . Pengetahuan am tentang komputer
3 . Penggunaan Asas tentang kompuer
4 . Microsoft Windows 98
5 . Microsoft Word
6 . Microsoft Excel
7 . Microsoft Power Point
8 . Penggunaan Richwin Chinese sistem dan Browser
9 . Pengetahuan dan Kegunaan Internet
10 . Home Page Design
11 . Pengenalan Komputer virus
12 . Perkembangan sistem komunikasi dan teknologi
negara kita
Selain penggunaan komputer, murid-murid juga perlu menjalani
ujian komputer, keputusan semua murid akan direkodkan ke dalam buku
catatan markah. |