Untuk mempertingkat
minat dan pencapaian akademik para pelajar dlam semua mata pelajaran, pihak sekolah telah
menganjurkan berbagai-bagai jenis pertandingan akademik. Antara aktiviti-aktiviti yang
diadakan termasuklah pertandingan lukisan, nyanyian, bercerita (Bahasa Cina), bercerita
(Bahasa Melayu), kaligrafi tulisan Roman, pengetahuan umum, matematik, mengarang dan
lain-lain lagi.
Para guru sekolah kami sentiasa bertungkus lumus melatih wakil-wakil
pelajar untuk menyertai pertandingan akademik peringkat sekolah. Wakil-wakil pelajar
sekolah telah memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam pertandingan. Antaranya, pasukan
wakil pelajar sekolah kami telah memperolehi johan dalam pertandingan drama Inggeris
peringkat negeri Selangor, tempat ketiga dalam pertandingan, johan perseorangan dalam
pertandingan pengetahuan umum. Tempat ketiga peringkat negeri Selangor dalam pertandinganb
meluru dan bercerita, pingat kecermelangan dalam pertandingan penulisan Bahasa
Melayu,pengarang, kaligrafi.Laporan Ringkas
Aktiviti Akademik
Aktiviti-aktiviti Akademik atama
sekolah terbahagi kepada dua cabang utama iaitu aktiviti internal dan eksternal. Segala
aktiviti pertandingan akademik internal akan diuruskan oleh unit-unit kecil mengikut mata
pelajaran . Dua orang penolong penyelaras akan dilantik untuk menjalankan tugas
penyelarasan dan penylenggaraan bagi menjamin semua aktiviti pertandingan dapat berjalan
dengan lancar.
Selain daripada mengadakan aktiviti akademik secara dalaman sekolah,
pihak sekolah kami juga bergiat cergas dalam aktiviti pertandingan luaran sekolah. Pihak
sekolah telah mengupah kumpulan akademik yang profesional daripada pihak luar untuk
memberi latihan kepada para pelajar pada masa lapang atau di sebelah waktu petang.
Untuk memotivasikan semangat komitmen para pelajar, unit akademik
sekolah telah mengadakan satu sudut anugerah yang menyeraikan nama pelajar yang berjaya
memenangi hadiah dalam pertandingan luaran sekolah. Di samping itu, segala keratan akhbar
juga ditempatkan di atas papan kenyataan untuk pengetahuan semua pelajar.
Pada tahun ini, semua wakil pelajar telah berjaya memenangi hadiah
dalam pertandingan tulisan kaligrafi peringkat luaran sekolah. Pihak sekolah berharap para
pelajar terus berusaha untuk memperolehi keputusan yang cemerlang bagi meningkatkan imej
sekolah. |